fgfgfgfg

Welcome to the world of Insurance Life

Jenis

JENIS-JENIS POLISI ASAS INSURANS HAYAT


terdapat pelbagai jenis insurans polisi yang ditawarkan di Malaysia :)

 Ini adalah jenis-jenis polisi insurans hayat yang ditawarkan


Insurans bertempoh 

Polisi ini menawarkan perlindungan insurans untuk tempoh terhad sahaja. Wang manfaat dibayar hanya setelah kematian atau sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal semasa dalam tempoh polisi.


Insurans hayat seumur hidup 

Polisi ini menawarkan perlindungan sepanjang hayat dan premiumnya dibayar seumur hidup anda. Wang manfaatnya, termasuk apa-apa bonus, akan dibayar setelah kematian atau sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.


Insurans endowmen 

Polisi ini menggabungkan perlindungan dan tabungan. Wang manfaatnya akan dibayar pada akhir tempoh yang ditetapkan berikutan kematian atau jika anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal. Sekiranya anda masih hidup apabila polisi matang, anda akan mendapat wang berkenaan; jika sebaliknya, wang itu akan diberi kepada penama anda.


Insurans berkaitan pelaburan 

Premium anda digunakan untuk membeli perlindungan insurans hayat dan unit saham di dalam dana yang diurus oleh syarikat insurans hayat. Harga unit tersebut adalah berasaskan prestasi pelaburan dana yang diuruskan. Manfaat yang dibayar kepada anda atau penama anda bergantung kepada harga unit saham pada masa anda menyerahkan polisi atau apabila anda meninggal dunia.


Pelan anuiti hayat 

Anuiti ialah satu siri bayaran yang dibuat kepada anda sehingga anda meninggal dunia. Terdapat dua jenis anuiti iaitu anuiti serta-merta dan anuiti tertunda.


Perlindungan/‘rider’ tambahan

'Rider' ialah perlindungan tambahan yang dilampirkan bersama pelan insurans asas seperti endowmen atau seumur hidup. Ia memberikan anda fleksibiliti untuk memenuhi keperluan individu anda, seperti perlindungan terhadap kemalangan, hilang upaya atau masuk hospital. Anda diperlukan membayar premium tambahan.


Insurans bertempoh gadai janji berkurangan (mortgage reducing term assurance - MRTA) 

Perlindungan insurans yang meliputi pembayaran balik pinjaman pembelian hartanah tertunggak kepada institusi kewangan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau sakit kritikal peminjam.


No comments:

Post a Comment