INSURANS HAYAT ?
![]() |
![]() |
• Insurans hayat/ takaful keluarga, yang selalunya digunakan sebagai satu cara untuk
memberikan bantuan kewangan kepada tanggungan anda sekiranya anda meninggal dunia. Anda juga boleh menabung atau melabur melalui insurans hayat/ takaful keluarga. Terdapat juga sesetengah insurans hayat/ takaful keluarga yang memberikan pampasan sekiranya anda tidak mampu bekerja disebabkan penyakit atau ketidakupayaan. Contoh produk insurans hayat/takaful keluarga ialah insurans hayat seumur hidup/ endowmen,pelan keluarga biasa dan insurans/takaful berkaitan pelaburan.
Insurans hayat adalah perlindungan yang membayar sejumlah wang kepada pemegang polisi atau penama sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada pemegang polisi, seperti kematian. Perlindungan ini juga ditawarkan dalam bentuk pelan takaful keluarga, sebuah pelan perlindungan untuk anda dan keluarga yang berlandaskan prinsip Syariah.
Risiko yang dilindungi insurans hayat adalah:
- Kematian dalam tempoh polisi
- Pendapatan semasa persaraan
- Penyakit
- Hilang upaya
Perbezaan antara Insurans Hayat dan Insurans Am
Insurans Hayat
|
Insurans Am
|
Menginsuranskan seseorang atau hayatnya terhadap sebarang musibah sehingga kesuatu amaun tertentu (amaun diinsuranskan)
|
Menginsuranskan seseorang terhadap kerugian atau kerosakan selain daripada yang ditawarkan oleh perniagaan insurans hayat.
|
Tempoh perlindungan lebih daripada setahun dan pembayaran premium secara berkala sama ada secara bulanan, suku-tahunan atau tahunan
|
Tempoh perlindungan selalunya setahun yang biasanya memerlukan pembayaran premium sekaligus
|
Risiko yang dilindungi:
•Kematian
•Kematian dalam tempoh polisi
•Pendapatan semasa persaraan
•Penyakit
•Hilang upaya
|
Risiko yang dilindungi:
•Kecurian kereta / kebakaran rumah
•Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh pemegang polisi
•Kematian disebabkan kemalangan atau kecederaan
|
Produk utama:
•Polisi Seumur Hidup
•Polisi Endowmen
•Polisi Bertempoh
•Polisi Berkaitan Pelaburan
•Polisi Anuiti
•Polisi Perubatan dan Kesihatan
|
Produk utama:
•Polisi Motor
•Polisi Kebakaran / Empunya Rumah / Isi Rumah
•Polisi Kemalangan Diri
•Polisi Perubatan Dan Kesihatan
|
No comments:
Post a Comment